Wednesday, 24 November 2010

Kurikulum TAJ

       Kurikulum Prasekolah Pendidikan TAJ disediakan berdasarkan kepada kesesuaian dan kemampuan
kanak-kanak yang berusia 5 dan 6 tahun.

       Kurikulum TAJ juga telah melahirkan satu program baru yang dinamakan Program Pintar Al-Quran.

Tuesday, 23 November 2010

Sejarah TAJ Seri Bertam

       Sekolah Agama Seri Bertam terletak di Jalan Ann Loh Yuan, Yong Peng. Sekolah ini dikategorikan sekolah Gred B yang mempunyai bangunan sendiri kedudukan sekolah yang strategik berhampiran dengan pekan Yong Peng.
       Sekolah Agama Seri Bertam mempunyai Tadika Agama Johor yang telah ditubuhkan pada tahun 2001.Pada awal penubuhannya, TAJ di sekolah ini hanya mempunyai seorang sahaja tenaga pengajar dengan seramai 18 orang pelajar.
       Dari tahun demi tahun pelajar TAJ semakin meningkat dan pada 2009 tenaga pengajar bertambah seramai 2 orang dengan  seorang pembantu dan seramai 48 orang pelajar. 









Objektif Penubuhan TAJ

  Memupuk semangat cinta dan sayangkan agama, bangsa  dan negara.

Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

Menanam kemahiran asas pada tulisan jawi dan pembacaan Al- Quran dan dapat mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan baik.

Membentuk konsep diri yang positif  serta memupuk semangat bergaul disamping menghormati dan menghargai hak dan kebolehan orang lain.

Menanam kemahiran asas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik dan Sains.




Matlamat TAJ

Matlamat pendidikan TAJ adalah untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek pertumbuhan dan perkembangan diri secara menyeluruh, seimbang
dan bersepadu yang meliputi aspek jasmani,
emosi, intelek dan sosial.





Selamat Datang

Selamat Datang ke BLOG TAJ Seri Bertam..
Salam Perkenalan Dihulurkan..